Bismillahirrahmanirrahim

Setinggi-tinggi kesyukuran,puja dan puji kita panjatkan ke hadrat Allah yang sentiasa melimpahkan ni’mat dan kesejahteraan kepada makhluk dan hambaNYA. Selawat dan salam kita anjurkan kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wassalam yang sentiasa mengharapkan kejayaan dan kelepasan kepada umatnya yang tercinta. Malah, kurnia dan limpah rahmat dido’akan untuk semua para syuhada’ dan para ulama’ yang meneliti dan menyambung jalan yang telah diterokai oleh baginda dan generasi ke generasi seterusnya hingga ke hari qiamat.

Sunday, September 27, 2009

Sekadar perkongsian ilmu…

Penyampaian yang ringkas tapi cukup padat. Akhi pesan agar banyakkan mengingati Allah dan Rasulullah melebihi sesiapapun. Bulan ramadhan telah melabuhkan tirainya namun kita yang memahami ini seharusnya menangisi pemergian bulan ramadhan yang penuh dengan pelbagai keistimewaan sebagai tanda kasih sayang Allah dan tidak membiarkan pemergiannya hanya ditangisi sahaja tetapi apa jua bentuk pentarbiyyahan yang kita perolehi pada bulan ramadhan harus DIISTIQOMAHKAN pada bulan2 yang lain. Rasulullah beruban apabila menerima surah Hud iaitu tentang istiqomah. Betapa beratnya amanah yang dinamakan istiqomah ini hinggakan Rasulullah beruban. Akhi juga memberikan tips untuk istiqomah sebelum mengakhiri kuliahnya disebabkan masa solat isyak hampir tiba (singkatnya masa sehinggakan tidak terasa). Diantaranya ialah :
1) HATI : Perbaiki niat seperti hadirkan rasa keikhlasan dan kejujuran dalam apa jua yang dilakukan (semata-mata kerana Allah).
2) MULUT /LIDAH : Memastikan percakapan kita adalah percakapan yang baik dan bermanfaat jika tidak lebih baik diam dan basahi lidahmu dengan zikrullah serta selawat (bahaya lidah ni jika tidak dijaga kerana ia tajam seperti pedang yang mampu mengguriskan perasan).
3) PERBUATAN : Lebih kepada ibadah kita seperti solat awal waktu, mengimarahkan masjid dan sewaktu dengannya.
P/s : Syukran Lillah Akhi Salman, jazakallahu khairan jaza’..
Kuliah Dasar yang disampaikan oleh Ustaz
Penyampaian yang bersahaja tetapi sangat bermakna. Ustaz memberitahu bahawa puasa pada bulan ramadhan bukanlah hanya untuk membuatkan kita merasa keadaan kehidupan golongan yang serba kekurangan dari segi kos hidup mereka tetapi puasa adalah salah satu cara untuk menilai sejauh mana kita taat akan perintah Allah. Lapar menjadikan kita kuat dan jika ingin cerdik, hendaklah makan untuk keperluan dan bukan menurut hawa nafsu. Puasa juga mengajar kita menjadi orang yang tepat pada masanya iaitu waktu berbuka dan waktu bersahur. Selain itu, puasa mengajar kita waktu makan yang sesuai iaitu sebelum subuh dan waktu selepas maghrib. Makanan boleh menjadikan kita bertenaga namun jika diambil secara berlebih-lebihan akan mengundang kepada pelbagai jenis penyakit. Ustaz mengatakan bahawa hari raya hanya pada 1 syawal. Namun, orang beriman pula berhari raya sebanyak lima kali. Bilakah masanya?? Iaitu ketika :
1) Pada satu hari itu, dia dapat menahan dirinya daripada melakukan dosa maka itu adalah hari raya baginya.
2) Apabila dekat nak mati, dia akan dapat melihat sekilas pandang perbuatannya di dunia dan jika kesemuanya yang dia lihat itu baik maka itu adalah hari raya baginya kerana Allah telah mengampunkan dosanya.
3) Ketika dalam kubur, dia tidak disergah oleh malaikat sebaliknya dia merasa tenang dengan keadaan kuburnya yang diluaskan iaitu tidak sempit.
4) Ketika berada di padang mahsyar, dia berada dalam naungan Allah pada saat matahari hanya jarak sejengkal daripada kepala kita.
5) Ketika dia masuk ke syurga.
Ustaz sempat berpesan agar kita menyambut aidilfitri dengan bersederhana dan memperbanyakkan bertakbir. Jaga batas pergaulan kerana niat tidak menghalalkan cara, yang haram tetap haram seperti bersalaman dengan berlainan jantina yang bukan muhrim kita.
P/s : Syukran Lillah ustaz jazakallahu khairan jaza’.. persoalan demi persoalan turut dijawab oleh ustaz dan yang ana teringat apabila ada yang bertanyakan kepada ustaz bagaimana nak mengenali bahawa ukhuwwah yang kita bina itu adalah ukhuwwah fillah? Ustaz menjawab dengan ringkas tapi menyentuh jiwa. Dia berkata, “kita akan berasa senang apabila berjumpa sahabat kita itu kerana keikhlasan dia bersahabat dengan kita kerana Allah. Namun, perlu diingatkan, kita juga harus ikhlas dalam bersahabat. Andai sesuatu terjadi seperti kita berasa negatif dengan sahabat kita, mungkin bukan sebab dia tidak ikhlas tetapi mungkin diri kita. Renung2kan dan selamat beramal, insyAllah…syukran juga pada semua yang hadir dalam mengimarahkan rumah Allah pada program qiam kali ini. insyAllah bertemu lagi.. “bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah jika bertemu dan berpisah kerana Allah, insyAllah….” Wallahu’alam…
Sedikit penambahan… pesanan ustaz Aagim melalui ceramahnya di TV..
Semua perkara dapat dimiliki di dunia ini kecuali ketenangan hati yang akan hanya diperolehi apabila kita bertaqarrub iaitu mendekatkan diri kepada Allah.
Janganlah engkau menganggap hanya pangkat, darjat dan ijazah itu merupakan kemuliaan kerana yang sebenarnya engkau akan mulia apabila engkau menjadikan Rasulullah itu sebagai uswatun/qudwah hasanah, mencintai baginda dan mengikuti keperibadian unggul baginda.
Kita MENDERITA bukan kerana KEKURANGAN YANG ADA tetapi kerana TIDAK BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA.

Wednesday, September 23, 2009

KhAs buat SemUa....

Surah Ali Imran ayat 102 yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan MUSLIM.” Hari ni tiba-tiba terdetik hati ana untuk berkongsi lirik lagu yang sedap didengar apabila liriknya dihayati dengan sepenuh hati. Lirik lagu ini ada kaitannya dengan ayat di atas iaitu yang menceritakan tentang the heart of a muslim. Indah sungguh..Marilah kita hayati bersama lirik lagu ini..Kemudian berusahalah memperbaiki diri dan ajaklah orang lain bersama-sama..Semoga dengan menghayati lirik lagu ini akan membuatkan hati kita tertarik untuk mencari erti sebenar menjadi seorang muslim dan mendalami secara lebih lanjut lagi ciri-ciri muslim yang sebenarnya agar kita dapat menjadi MUSLIM YANG SEJATI..InsyAllah...

Heart of a Muslim (Words and melody by Jawaad Abdur Rahman).
Performed by Zain Bhikha
Looking up at the sky,
searching for Allah most High
He rejected the way of worshipping Gods of clay
Prophet Ebrahim knew that Allah was near
And that the heart of a Muslim is sincere
Under the hot burning sun,
he declared God is one
Though with stones on his chest,
his Imaan would not rest
The Muadhin knew that right would conquer wrong
And the heart of a Muslim must be strong
Chorus:
It’s the heart of a Muslim through the guidance of Islam
That makes you fair and kind and helpful to your fellow man
So living as a Muslim means that you must play a part
Allah looks not at how you look but what is in your heart
In our poor meager state, little food on our plate
Mother said she was glad
always sharing what we had
When I asked how can we share what’s not enough
She said the heart of a Muslim’s filled with love
He said its time you should know
you will learn as you grow
That some people around will do what’s bad to bring you down
Father said to be a star that’s shining bright
For the heart of a Muslim does what’s right
So whatever you do,
make sure your words are true
Honesty is the best,
because life is a test
Even if it hurts so much you want to cry
For the heart of a Muslim does not lie

Tuesday, July 14, 2009

KeKuAsaaN CiNtA.....????

Cinta sememangnya berkuasa jika cinta itu diletakkan pada tempat yang sepatutnya. Dalam erti kata lain iaitu mencintai Pencipta kita terlebih dahulu iaitu Allah sebelum mencintai makhlukNya. Hal ini kerana perlu diingatkan bahawa perasaan cinta yang dapat dirasai oleh setiap manusia di muka bumi ini tidak akan dapat ia rasakan keindahan cinta tersebut kepada sesiapa pun melainkan dengan izin Allah. Hebatnya nikmat cinta yang Allah berikan ini. Oleh yang demikian, letakkanlah cinta Allah yang paling tinggi mengatasi cintamu kepada yang lain. Namun demikian, persoalannya, mengapa generasi pada hari ini jika disebut perkataan cinta sudah semestinya cinta yang bermain difikiran mereka ialah cinta diantara lelaki dan perempuan sahaja? Seolah-olah cinta itu hanya wujud diantara dua jantina yang berlainan iaitu lelaki dan perempuan. Hakikatnya, cinta itu skopnya sangat luas. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah, para nabi, ibu bapa, guru-guru dan sebagainya. Hal ini memperlihatkan kepada kita betapa berkesannya serangan pemikiran daripada musuh islam membuatkan generasi sekarang hanya memfokuskan istilah cinta itu untuk percintaan dua insan akibat pengaruh daripada media massa dan media elektronik yang kebanyakannya memperlihatkan filem-filem percintaan dua insan ini. Natijahnya, percintaan dua insan ini atau cinta anta-anti mengatasi cintanya pada Allah dan yang lain. Kita sering mendengar cinta itu buta. Sebenarnya, bukan cinta itu yang buta tetapi pemilik cinta itu yang harus dikatakan buta kerana ia telah menyalahgunakan nikmat cinta pemberian Allah ini. Justeru, penulisan pada kali ini akan memperlihatkan perbezaan dua kisah cinta yang terjadi pada dua zaman yang berlainan iaitu kisah ummu faisal (cintanya beralih arah membawa kepada cinta hakiki) dan kisah Aisyah Bukhari (cinta yang membawa kepada murtad, wal ‘iyadhubillah). Kisah ini bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak tetapi untuk pengajaran dan pedoman buat kita bersama dalam usaha meletakkan cinta kita sesuai pada tempatnya serta memperolehi cinta hakiki dan abadi iaitu cinta Allah.

KisAH Ummu FaiSal (CINtanya beralih arah MembaWa kePADA cINTA haKIki)

Mentari masih berada di ufuk barat, tapi cahayanya kian hilang kerana hari semakin beransur petang. Seorang pemuda masih lagi mengerjakan tawaf mengelilingi rumah suci bersama ratusan manusia yang sedang mengerjakan umrah. Sambil matanya liar mencari sesuatu, ia masih ingat beberapa hari yang lepas ia terpandangkan wanita itu, tapi hari ini dia telah tiada, mungkin dia telah ke khemahnya. Hari tersebut Allah masih belum mengizinkan untuk bertemu dengannya. Pemuda itu kembali ke tempat penginapannya dengan rasa kehampaan. Ia tidak dapat tidur sepanjang malam. Wajah wanita itu datang silih berganti. Ia kagum pada kejernihan dan ketenangan wajah wanita tersebut. Setiap kali pemuda itu mengerjakan tawaf pasti ia terpandangkan wajah wanita tersebut yang begitu tenang dan syahdu bermunajat kepada Allah. Kelakuannya diperhatikan pemuda itu tanpa jemu, khusyuk sungguh wanita itu beribadah dan bertawaf, mulutnya tidk berhenti berzikir memuji Allah. Walaupun wanita itu telah berumur tapi ketenangan dan kebersihan wajahnya telah menampakkan dia lebih muda dari usianya yang sebenar. Dia tidak pernah berhenti dari mengerjakan tawaf mengelilingi rumah suci itu. Dia tidak pernah rehat dan membuang masa. Kalau dia berhenti dari mengerjakan tawaf, dia akan solat sunat, memebaca Al-Qur’an atau berzikir kemudian menyambung lagi tawafnya. Hebat sungguh kekuatan yang ada pada dirinya. Kalau dibandingkan dengan pemuda itu yang masih muda pun terasa letih dan lenguh, inikan pula seorang wanita yang sudah berumur.
Pemuda itu teringin berjumpa dan berbual dengan wanita itu untuk mengetahui latar belakang hidup wanita tersebut. Pemuda itu berwudhuk dan solat serta berdoa memohon ampun agar Allah mengampuni dosanya mengingati seorang perempuan. Akhirnya Allah izinkan juga pemuda itu berjumpa dengan wanita tersebut. “Assalamu’alaikum...” tegur pemuda tersebut.
“Wa’alaikumussalam...” jawab wanita tersebut.
“Maafkan saya, puan. Saya ingin bertanyakan sesuatu. Telah lama saya perhatikan puan, puan kelihatan tidak letih dan jemu mengerjakan tawaf. Puan juga kelihatan khusyuk dan tidak menghiraukan langsung orang-orang di sekitar puan. Apakah yang menyebabkan puan merasa lazat dan bersungguh-sungguh dalam mengabdikan diri kepada Allah? Saya harap puan mahu bercerita dengan saya agar saya dapat menjadikannya pedoman kelak...”
Melihat pada kesungguhan lelaki itu bertanya, wanita itu diam sebentar, dia termenuang, wajahnya tiba-tiba sedih. Lalu dia pun berkata sepatah demi sepatah.....
“Saya sebenarnya tidak suka orang tahu mengenai liku-liku kehidupan saya. Mungkin saudara tidak percaya, tapi moga cerita saya ini boleh saudara jadikan teladan pada hidup saudara kelak. Asalnya saya tinggal di perkampungan Oasis yang terletak di negeri Yaman. Saya telah berkahwin dengan suami saya 18 tahun yang lalu dan kami dikurniakan dengan 4 orang cahaya mata. Tiga lelaki dan seorang perempuan. Siti Asma’ adalah anak perempuan saya yang sulung dan sudah pun berumah tangga. Faisal berumur 10 tahun, Ikrimah berumur 8 tahun dan yang bongsu Zaid. Tapi kini semua sudah tiada lagi. Mereka telah dijemput Allah kembali padaNya. Peristiwa kematian itu berlaku ketika mereka menyambut Hari Raya Korban. Pada hari itu, suamiku menyembelih korban dan perbuatan menyembelih itu diperhatikan oleh anak kedua saya yang belum begitu cerdik. Memang menjadi kebiasaan pada anak-anak mudah meniru setiap perbuatan yang dilakukan oleh orang tuanya. Saya tidak menyangka perbuatan menyembelih itu akan dilakukan pada adiknya. Suatu hari, ketika bermain-main dengan adiknya, anak saya Faisal telah membaringkan adiknya, Ikrimah dan disembelihnya sebagaimana ayahnya menyembelih kambing. Kebetulan ketika itu kami tidak ada di rumah kerana pergi memetik buah. Saya hanya mendengar dari jauh jeritan Ikrimah yang meminta tolong. Apabila sampai, saya melihat darah memancut-mancut keluar dari lehernya yang hampir putus. Dia tidak dapat diselamatkan dan meninggal di situ juga”.
“Kami mengurus jenazah Ikrimah, setelah selesai baru kami perasan bahawa Faisal telah tiada. Mungkin dia ketakutan dan tidak menyangka semua itu boleh berlaku. Suami saya dalam keadaan yang masih terganggu fikirannya dan terkejut dengan peristiwa itu telah mengejar anak kami yang lari dengan harapan dapat menyelamatkan anak kami, Faisal dari tersesat di padang pasir dan dimakan serigala. Dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, mereka tidak juga balik. Saya masih tetap menunggu mereka dengan seribu harapan agar mereka kembali dengan selamat. Tapi nampaknya hampa. Saya yakin, kedua-duanya mati kebuluran di tengah padang pasir yang kering kontang itu. Suatu hari, sewaktu fikiran saya sedang tidak menentu mengingatkan anak dan suami, saya biarkan anak kecil saya, Zaid yang masih merangkak-rangkak bermain bersendirian.Tanpa disangka-sangka dia telah mencapai cerek air panas yang sedang menggelegak. Seluruh tubuhnya melecur akibat terjirus air panas tersebut. Menjerit melolonglah anak saya itu sehingga akhirnya ia mati. Jiran-jiran saya ramai yang datang setelah mendengar jeritan saya dan mereka sempat memberitahu anak sulung saya yang tinggal berdekatan dengan rumah saya. Siti Asma’ yang sarat mengandung terburu-buru datang ke rumahku. Apabila ia melihat keadaan adiknya yang mati kerana teruk melecur itu, dia terus pengsan kerana terkejut. Muka Siti Asma’ disapukan air tetapi dia masih tidak sedar. Bila diperiksa nadinya, ternyata dia juga telah meninggal dunia. Kedua-dua anak saya telah pulang ke rahmatullah dan jenazah mereka berdua telah selamat dikebumikan”.
“Alangkah sedihnya. Di mana lagi saya nak sandarkan hati saya ini dan ke mana saya nak bawa diri saya? Beban yang terlalu berat saya rasakan dan hanya Allah yang dapat meringankannya. Alhamdulillah, sekarang saya tenang dan CINTA serta rindu saya hanyalah untuk Allah. Saya akan taat dan berbakti hanya untuk Allah sahaja. InsyaAllah. Sedarlah wahai saudara bahawa ujian hidup datang dalam pelbagai bentuk dan ia datang tanpa diundang. Kalau ianya tidak ditempuhi dengan keimanan kepada Allah, nescaya manusia pasti karam dan tenggelam serta mati lemas di dalamnya”.
Perempuan itu mengakhiri ceritanya dan pergi meneruskan ibadahnya seolah-olah tidak pernah berlaku apa-apa padanya. Begitulah kisah srikandi islam yang berhadapan dengan berbagai ujian dan penderitaan dalam hidupnya. Kekuataannya hanyalah satu iaitu CINTA kepada Allah. Begitulah kekuasaan CINTA Allah.

Kisah Aisyah Bukhari (CInta Yang MEmBAWA kePADA muRTad, wal 'iyadhubillah)

Kes Aisyah Bukhari telah membuka mata banyak pihak tentang gejala murtad di negara Malaysia ini. Sekurang-kurangnya umat islam mulai sedar bahawa didikan dan asuhan agama di rumah belum mampu mengekang gejala ini. Kisah Aisyah ialah kisah CINTA yang menjerat aqidah, duka dan luka keluarganya serta semua umat islam. Aisyah yang dididik dengan acuan agama kerana keturunannya taat beragama, beliau mampu menghafal surah yasin malah mengamalkan bertudung sejak kecil lagi, dia juga mendapat pendidikan tinggi di UITM dalam bidang perakaunan. Permohonan Aisyah untuk murtad dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong, seorang peguam cina kristian. Permohonan itu menyatakan di perenggan 6, bertarikh 28 November di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Undang-undang negara seharusnya dikuatkuasakan lagi agar kes seperti Aisyah Bukhari, Hartina Haji Kamaruddin yang bercinta dengan Rajeswaran sehingga membuatkan ia menukarkan agamanya daripada agama islam kepada agama hindu serta Lina Joy tidak akan berleluasa.

P/s : Kedua-dua kisah di atas tadi berkaitan dengan kekuasaan perasaan cinta. Cinta berkuasa membawa kebahagiaan yang abadi di dunia dan insyaAllah di akhirat seperti kisah ummu faisal manakala cinta juga berkuasa membawa kepada kehancuran seperti yang telah terjadi dengan aisyah, hartina dan lina joy. Mereka sanggup memilih untuk murtad demi cinta mereka. Wal ‘iyadhubillah. Oleh yang demikian, berpada-padalah meletakkan cinta kita. Berfikirlah berkali-kali sebelum memberi cinta kepada manusia. Namun, berilah sepenuhnya CINTAmu kepada Allah kerana Allah pasti akan membalas CINTAmu dan ianya tidak sia-sia, insyaAllah...

Sunday, May 24, 2009

KePerluaN PeRasaAN TAHU daN RASa DalaM MengunDanG PerASAAN CinTA...????

Apakah yang cuba dibongkarkan melalui tajuk ini???
Peribahasa ‘Tak Kenal Maka Tak Cinta’ merupakan kata-kata yang biasanya didengari oleh kita. Namun, jarang sekali kita kaitkan perasaan TAHU dan RASA akan mengundang kepada perasaan CINTA. Persoalan ini akan terjawab melalui penulisan untuk tajuk pada kali ini. Ikuti perkembangan penulisan pada kali ini agar persoalan anda dapat dijawab dan persoalan tersebut tidak terus menghantui hari-hari anda. Ingat! Jangan biarkan diri anda diselubungi rasa tertanda tanya.

Semua orang TAHU bahawa dia adalah hamba Allah tetapi yang menyedihkan ialah tidak semua orang RASA bahawa dia adalah hamba Allah. Terdapat perbezaan diantara dua ayat ini. Orang yang TAHU dia adalah hamba Allah sedar bahawa dia mempunyai Tuhan untuk dipatuhi dan ditaati. Manakala orang yang RASA dipunyai Tuhan akan sentiasa yakin Allah selalu bersamanya walaupun dia berada dalam apa jua keadaan sama ada sedih atau gembira (La Tahzan, Innallaha Ma’ana) dan mengetahui Allah akan membantunya di kala susah dan senang asalkan dia bergantung sepenuhnya dengan Allah, mentaati segala perintahNya, meninggalkan segala laranganNya dan tidak sesaat pun terdetik dihatinya untuk meninggalkan Allah.

Nah, berbeza bukan? Selain itu, orang yang TAHU ada Allah akan menunaikan solat apabila tiba waktunya. Manakala, orang yang RASA ada Allah akan sentiasa bersedia untuk solat, malah menunggu-nunggu masa solat tersebut untuk bertemu Allah yang dianggapnya sebagai Kekasih hati. Bukan itu sahaja, orang yang TAHU kadang-kadang menyalahertikan kewujudan Allah iaitu hanya memerlukan Allah di kala susah sahaja. Apabila susah, dia akan banyakkan solat, banyakkan doa dan menaruh harapan kepada Allah. Sebaliknya, apabila senang, Allah sudah tidak diingat lagi atau semuanya semakin berkurangan untuk dilakukan sama ada solat atau berdoa.

Marilah kita baca dan hayati cerita teladan ini. Pada suatu hari, di sebuah kampung, Mak Limah tiba-tiba berasa sangat marah apabila kucingnya asyik berbunyi dan mengganggunya ketika dia sibuk menyediakan makan tengahari. “Ishh, kucing ni! Tak faham bahasa ka? Kejap lagi la aku bagi makan bah, tak nampak ka aku tengah sibuk ni!” tengking Mak Limah. Pak Harun yang asyik membaca surat khabar di meja makan menyampuk, “Hai, marah benar nampak! Bukankah diri sendiri yang bawa kucing tu balik ke rumah ni?”. “Memanglah saya yang bawa balik kucing ni...tapi saya bela kucing ni hanya untuk halau tikus ja...” jawab Mak Limah sambil menumis lauk asam pedas kegemaran suaminya. “Buat begitu pada kucing tak pa..jangan buat dengan Allah dahlah.” Mak Limah terperanjat. “Apa yang abang mengarut ni?”. Pak Harun neletakkan surat khabar yang baru habis dibacanya. “Manusia selalu perlukan Allah apabila dia berada dalam kesusahan, menangis, merayu dan meminta pertolongan. Tetapi bila kesusahan dah berakhir, Allah dilupakan, malah dalam solat pun boleh ingat benda lain,” kata Pak Harun sambil tersenyum sinis memandang isterinya. Mak Limah terdiam. Walaupun kata-kata suaminya agak tajam tapi itulah hakikatnya. Jauh di sudut hati Mak Limah bersyukur kerana kerana suaminya selalu mengingatkannya.

P/s : Semua watak yang terlibat hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan mereka yang hidup atau yang telah kembali ke rahmatullah. Melalui cerita ini, jelas memperlihatkan kepada kita bahawa perasaan TAHU sahaja tidak cukup untuk mencapai tahap kemanisan iman tetapi perasaan TAHU perlulah diikuti dengan RASA kerana bila ada perasaan TAHU dan RASA adanya Allah, barulah kita akan dapat menCINTAi Allah dengan sepenuh jiwa dan raga bersesuaian dengan topik penulisan kali ini iaitu keperluan perasaan TAHU dan RASA dalam mengundang perasaan CINTA. Penulisan ini sekadar perkongsian ilmu Allah agar kita dapat memperbaiki diri sendiri...islah nafsak wad’u ghoirah...insyaAllah...mohon ampun kepada Allah jika ada salah dan silap dan asif juga kepada para pembaca. Sebarang komen atau kritikan adalah amat dialu-alukan..al-faqir illa robbiha...wallahu’alam..

BaGaImaNa UnTuk MenDapAt CiNtA Allah...?????

Cinta Allah kepada hambaNya tidak bertepi dan bersifat abadi. Namun demikian, cinta Allah perlu direbut dan diusahakan. Terdapat beberapa cara untuk merebut cinta Allah...

1) Membaca Al-Qur’an dan memahami maknanya.
2) Berusaha bersungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui
ibadah khususatau ibadah umum.
3) Sentiasa mengingati Allah.
4) Mengetahui dan memahami nama-nama Allah serta semua sifat-sifat Allah yang Maha
Sempurna dengan hati dan menghafalnya.
5) Merasakan hina dan merendah diri ketika berhadapan dengan Allah melalui solat fardhu.
6) Mengamalkan qiamullail, membaca Al-Qur’an dan istighfar pada waktu sepertiga malam
terakhir.
7) Duduk bersama mereka yang mencintai Allah seperti para ulama’ dan da’ie serta
mendengar nasihat mereka dan menjaga tutur kata kita agar kata-kata yang keluar
daripada mulut kita bukanlah perkataan yang sia-sia.
8) Menjauhi atau menghilangkan hal-hal yang boleh menghalang kita daripada mengingati
Allah dan kematian yang bakal tiba pada bila-bila masa sahaja.

Monday, May 18, 2009

SiaPakAH ORang-OrANG YanG DicINTAi OleH Allah...????

Alangkah indah apabila cinta kita terbalas !!
Siapakah orang-orang yang terbalas cintanya oleh Allah?? Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Maidah ayat 54 yang bermaksud : “Maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai Allah.”
Berdasarkan ulama tafsir, mereka yang dicintai Allah SWT ialah :

1) Attawabun (orang-orang yang bertaubat)
2) Al-Mutathohhirun (suka bersuci)
3) Al-Muttaqun (bertaqwa)
4) Al-Muhsinun (suka berbuat baik)
5) Sobirun (bersabar)
6) Al-Mutawakkilun (bertawakal kepada Allah)
7) Al-Muqsithun (berbuat adil)
8) Orang-orang yang berperang di jalan Allah dalam satu barisan seolah-olah satu bangunan yang kukuh
9) Orang yang berkasih sayang kerana Allah dan lembut kepada orang mukmin
10) Orang-orang yang menjaga dan menampakkan ‘izzah kehormatan diri orang muslim di hadapan orang
kafir
11) Orang yang berjihad di jalan Allah
12) Orang yang tidak takut dicela oleh manusia kerana beramal dengan apa yang terkandung dalam Al -
Qur’an dan As-Sunnah
13) Orang yang berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadah sunnah setelah menyelesaikan ibadah wajib

Tuesday, May 5, 2009

Apa iTu CiNtA ????

Cinta merupakan fitrah dan anugerah Ilahi yang amat istimewa dalam kehidupan seseorang insan. Menurut Kamus Dewan, cinta ialah perasaan atau berperasaan sangat sayang terhadap sesuatu seperti negara, orang tua, kebebasan dan lain-lain. Cinta juga diertikan sebagai kecenderungan seluruh hati yang terus-menerus ( kepada yang dicintai). Cinta membuahkan kesediaan hati, menerima segala keinginan pihak yang dicintainya dan mengutamakannya daripada diri dan harta sendiri. Malah, kecintaan yang sebenar akan membuatkan pencinta berasa bahawa kecintaan tersebut masih kurang. Apabila perasaan cinta membara dan subur tanpa mempunyai kefahaman dan penghayatan yang betul, seseorang itu akan kecundang dan tersungkur sehingga hilang hala tuju kehidupan. Cinta dalam erti kata yang sebenar amat global dan umum merangkumi cinta hamba kepada Penciptanya, cinta sesama manusia, ibu bapa dan sebaliknya, cinta sesama saudara seislam, cinta kepada kebahagiaan atau cinta kepada kesenangan.
Namun hari ini, istilah cinta telah ‘dicuri’ oleh arus kehidupan jahiliyyah yang berbau material dan kebendaan semata-mata. Rata-rata apabila kita tanyakan masyarakat tentang cinta, perkara pertama yang terlintas di fikiran mereka ialah percintaan antara dua insan yang berlainan jantina, Si Adam dan Si Hawa. Apa yang menyedihkan lagi, cinta yang sedang hangat diperkatakan ialah semasa sebelum perkahwinan kerana darah dara dan teruna itu masih panas dan manis! Astaghfirullah, wa na’uzubillahiminzalik. Lihatlah, betapa teruknya serangan pemikiran ke atas golongan remaja islam pada zaman moden ini.
Inilah realiti yang sedang berlaku dalam masyarakat islam hari ini, kita amat mudah membiarkan kehidupan, pandangan, pemikiran malah kehidupan kita ‘dijajah’ oleh isme-isme dan pemikiran-pemikiran yang moden kononnya tetapi kita tidak sedar arus inilah yang menjadikan kita makin mundur, makin jauh daripada tujuan hidup kita yang sebenar, iaitu menjadi seorang hamba kepada TUHANnya.
Oleh yang demikian, sekiranya kita dapat menghayati cinta yang sebenar menurut perspektif islam, kita mampu menguruskan perasaan cinta yang lahir dari hati dengan baik, tanpa ada unsur-unsur negatif yang merosakkan perasaan cinta yang suci itu. Cinta yang suci dan luhur bersandarkan cinta kepada Tuhan akan membawa kebahagiaan dan keberkatan.
Menurut hukama’, cinta dapat dibahagikan kepada lima :
Ø Cinta manusia kepada Tuhannya
Ø Cinta manusia kepada dirinya
Ø Cinta kepada orang kerana kecantikannya
Ø Cinta kepada orang kerana ketinggian budinya
Ø Cinta kepada orang yang berjasa kepadanya

CiNta IbADah...???

Cinta ibadah adalah kecintaan yang menyebabkan timbulnya perasaan hina kepadaNya dan mengagungkanNya serta bersemangat hati untuk menjalankan segala perintah dan menjauhi segala laranganNya. Dengan erti kata yang lebih mudah, pokok kepada cinta ibadah ialah kecintaan kepada Allah Taala. Cinta yang demikian merupakan pokok keimanan dan tauhid yang pelakunya akan mendapatkan keutamaan-keutamaan yang tidak terhingga.
Jika keutamaan cinta diberikan kepada selain Allah, maka dia terjerumus ke dalam cinta yang bermakna syirik, iaitu menyekutukan Allah dalam hal cinta. Dengan kata lain, sekiranya seseorang melebihkan sesuatu atau manusia daripada Allah maka perbuatannya boleh sampai kepada syirik.
Cinta kerana Allah juga dikira sebagai cinta ibadah. Cinta kerana Allah ialah mencintai sesuatu yang dicintai Allah, baik berupa tempat tertentu, waktu tertentu, orang tertentu, amal perbuatan ucapan dan sebagainya. Cinta yang demikian termasuk cinta dalam rangka mencintai Allah. Selain daripada itu, cinta sesama manusia juga dianggap sebagai cinta ibadah, contohnya kasih sayang orang tua kepada anaknya dan sayangnya orang kepada fakir miskin, anak yatim dan orang sakit, cinta suami kepada isteri, cinta sesama saudara islam dan sebagainya. Malah islam menjadikan kecintaan (kesenangan) manusia kepada keperluan seharian yang akan membahayakan dirinya kalau tidak dipenuhi, seperti kesenangannya kepada makanan, minuman, pernikahan, persaudaraan serta persahabatan dan sebagainya. Semua perkara ini sebagai cinta ibadah dengan syarat kecintaan tersebut membantunya untuk mencintai dan mentaati Allah.
Contoh yang mudah, cinta suami kepada isteri dikira sebagai ibadah sekiranya seorang suami mencintai isteri kerana isteri adalah nikmat yang dikurniakan Allah untuk dia menikmati kehidupan dunia dengan lebih bahagia. Justeru, dia akan dapat meningkatkan kualiti diri sebagai hamba Allah. Kesimpulannya, kecintaan kepada selain Allah akan menjadi cinta ibadah jika menepati dua syarat, iaitu tidak bertentangan dengan syariah dan menepati al-Qur’an serta sunnah (mengikutinya).

CiNta ManusiA KeRana Allah MengunDang ciNta Allah

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. telah bercerita kepada sahabat : “Seorang lelaki telah pergi mengunjungi saudaranya yang berada di suatu tempat yang lain. Lantas Allah Taala telah mengirim malaikat untuk menunggunya di pertengahan jalan dan menahannya lalu berkata : “Kamu hendak ke mana?”. Lelaki itupun menjawab : “Aku hendak mengunjungi saudaraku”. Malaikat bertanya lagi : “Apakah sesuatu yang engkau perlukan daripadanya?”. Lelaki itu menjawab : “Tidak, hanya kerana aku mengasihinya semata-mata kerana Allah.” Kemudian malaikat berkata : “Sesungguhnya aku adalah malaikat yang diutus Allah untuk memberitahu kepadamu bahawa Allah mencintaimu seperti engkau mencintai saudaramu keranaNya.”
Jelas menunjukkan cerita tersebut mengajar kita bahawa Allah menyayangi kita sama seperti apabila kita menyayangi atau mencintai saudara seislam.

P/s : Buat semua sahabat-sahabat/ ukhti-ukhti serta orang-orang kesayangan saya, saya ingin mengatakan bahawa saya sangat menyayangi kamu kerana Allah. Kita dipertemukan dan hati-hati kita telah bertaut dalam perjuangan islam ini, menjalani tarbiyyah bersama-sama dan disemai dengan bibit-bibit perjuangan islam kerana cintakan agama Allah ini, maka istiqomahlah dalam perjuangan islam ini demi mengejar keredhoan Allah... kita adalah mata-mata rantai perjuangan islam..moga usaha kita ini ikhlas kerana Allah dan ada nilaian disisi Allah sekaligus dapat menempatkan diri dalam syurga Allah...insyaAllah..

Monday, May 4, 2009

CiNtA mAksIAT....???

Cinta maksiat ialah cinta yang tidak berasaskan cinta kepada Allah. Termasuk di dalam kategori ini ialah mencintai perkara yang dibenci Allah, merealisasikan cinta dengan cara yang tidak diredhai Allah atau dengan cara yang bertentangan dengan syara’. Contohnya mencintai kekasih sehinggakan tidak menjaga batas-batas pergaulan.
Insan yang mempunyai keimanan yang teguh kepada Allah dapat mengelakkan dirinya daripada melakukan sebarang kesilapan dalam pergaulannya. Mereka memahami erti cinta yang sebenarnya dan bijak dalam menangani persoalan cinta yang akan menjadi sumber kekuatan dalam kehidupan berlandaskan prinsip-prinsip dan syariat yang ditetapkan olehNya.
Islam hanya membahagikan cinta kepada dua perkara iaitu dengan menjadikan cinta Allah sebagai paksi. Cinta yang berpaksikan cinta kepada Allah adalah cinta ibadah yang akan membawa bahagia di dunia dan akhirat, manakala cinta yang membelakangkan cinta kepada Allah adalah cinta maksiat yang mengundang dosa dan neraka.
Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kukuh kepada Allah dan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Rasulullah. Maka dalam percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Hal ini kerana mereka yakin cinta yang suci dan luhur itu datangnya daripada Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah pencipta kepada cinta dan setiap penciptaanNya ada matlamat dan sebab serta kewujudan yang sering kali tidak difahami oleh manusia.
Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu. Cinta sering kali dikaitkan dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan, air mata dan sebagainya. Hal ini kerana cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan di antara manusia dengan Tuhan, manusia dengan alam serta manusia dengan perbuatan.

Friday, March 20, 2009

mENcari HAssaN al BAnna YAng ke -2????

Hassan Al Banna menubuhkan gerakan Islam ( Ikhwanul Muslimin ) untuk mengembalikan maruah agamanya yang sudah tergadai kepada British ketika itu. Meskipun ramai dalam kalangan cendekiawan dan alim-alim ulama ketika itu sudah mulai putus asa namun beliau terus nekad untuk berjuang walaupun terpaksa mengorbankan nyawa, harta dan segala-galanya demi Islam yang tercinta. Buktinya, hampir setiap pelosok di negeri Mesir diterokainya tanpa mengenal erti penat lelah dan putus asa demi menyampaikan dakwah islamiyyahnya, mengajak manusia ke arah makruf (kebaikan) dan mencegah manusia daripada terus melakukan kemungkaran serta kembali kepada agama Allah dengan mengamalkan cara hidup yang telah ditetapkan mengikut syariat Islam. Bermula dari masjid sehingga ke kedai-kedai kopi dan ke pusat-pusat hiburan, dengan kelebihan pidato yang diberikan Allah kepadanya, beliau mampu menarik hati para pendengarnya dan berjaya menyedarkan masyarakat hatta beribu-ribu orang yang berkumpul pada setiap kali beliau menyampaikan pidatonya walaupun di kedai-kedai kopi namun sambutannya di luar jangkaan.
Hal ini telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan pihak pemerintah kerana mereka melihat gelombang rakyat yang sudah mulai sedar dan melakukan intifadhah ( kebangkitan ) untuk menentang kemungkaran dan kezaliman. Kesannya, pihak pemerintah menyenarai hitamkan nama Hassan Al Banna dan sahabat-sahabatnya. Mereka juga mula mengatur dan menyusun rancangan jahat mereka untuk membunuh Hassan Al Banna. Akhirnya pada 12 Februari 1949, beliau telah menyahut panggilan Ilahi serta melunaskan janjinya pada Yang Esa dengan mempertaruhkan nyawanya demi ganjaran syurga Allah yang abadi. Beliau telah ditembak dan perancangan ini merupakan satu perancangan yang cukup rapi akibat daripada konspirasi kuasa Barat dengan thaghut di Mesir. Maka berakhirlah kisah hidup seorang pejuang Islam yang menjadikan Allah sebagai matlamat hidupnya, Rasulullah sebagai ikutannya, al-Qur’an sebagai panduan hidupnya, jihad sebagai jalan hidupnya dan mati syahid sebagai cita-cita tertinggi hidupnya. Tetapi, perlu diingat…!!! Pihak pemerintah menyangka bahawa kematian Hassan Al Banna akan memadamkan cahaya perjuangan Islam menentang kemungkaran dan kezaliman. Rupa-rupanya telah melahirkan ramai mata-mata rantai perjuangan suci ini yang sehingga kini, cahaya itu masih gagal dipadamkan oleh musuh-musuh Islam kerana ketahuilah bahawa “Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, walaupun dibenci oleh orang-orang kafir”.
( Surah As-Saff, ayat 8 ).
Akan lahirkah lagi insan seperti As-Syahid Imam Hassan Al Banna di zaman kebejatan sosial kita pada hari ini? Berdoalah, moga cahaya Islam dapat kembali bersinar dengan terang di muka bumi kita yang tercinta ini dan semakin ramai insan-insan yang akan bangkit semula menyambung perjuangan untuk menegakkan Islam tercinta…..

Takbir!!
Allahuakbar!!!!