Bismillahirrahmanirrahim

Setinggi-tinggi kesyukuran,puja dan puji kita panjatkan ke hadrat Allah yang sentiasa melimpahkan ni’mat dan kesejahteraan kepada makhluk dan hambaNYA. Selawat dan salam kita anjurkan kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wassalam yang sentiasa mengharapkan kejayaan dan kelepasan kepada umatnya yang tercinta. Malah, kurnia dan limpah rahmat dido’akan untuk semua para syuhada’ dan para ulama’ yang meneliti dan menyambung jalan yang telah diterokai oleh baginda dan generasi ke generasi seterusnya hingga ke hari qiamat.

Saturday, May 29, 2010

1 dalam 1000…..


Penulisan yang lepas telah memperlihat perbezaan perkataan yang kita anggap sama tapi sebenarnya tidak serupa jika dilihat dari segi maknanya. Penulisan kali ini pula akan memberi panduan tentang bagaimanakah ciri2 atau kriteria2 yang perlu dicari dalam memilih sahabat. Kita boleh berkawan dengan ramai orang dan pada waktu itu, secara tidak langsung orang tersebut akan mendapat ‘title’ sebagai kawan kita. Manakala sahabat pula orang yang sangat rapat dengan kita dan gelaran ini sudah semestinya mahal serta tidak semua orang mampu menyandang gelaran ini. Dalam memilih sahabat, kita perlu berhati-hati kerana sahabat boleh memberikan kita manfaat dan boleh juga membawa padah kepada kita jika kita salah memilih.

Ana tertarik dengan kata2 Saidina Ali : “ Selemah-lemah MANUSIA ialah ORANG YANG TIDAK BOLEH MENCARI SAHABAT dan ORANG YANG LEBIH LEMAH daripada itu ialah orang yang MENSIA-SIA SAHABAT yang telah DICARI…”

Berikut merupakan nasihat LUQMAN AL HAKIM kepada anaknya dalam mencari seorang sahabat. Moga ianya turut menjadi panduan buat kita semua dalam mencari sahabat sejati yang diibaratkan satu dalam seribu….

“ Hai anakku, jikalau engkau rasa perlu bersahabat dengan seseorang maka pilihlah yang mempunyai sifat2 ini iaitu jikalau engkau MELAYANINYA, ia suka MELINDUNGI, jika engkau bersahabat dengannya, ia merupakan HIASAN DIRIMU dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia suka MENCUKUPI KEPERLUANMU.

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia SUKA MENERIMA DENGAN RASA TERHARU dan menganggapnya sangat berguna , jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, ia SUKA MENGHITUNG-HITUNGKANNYA DIBELAKANGMU. Sebaliknya, jikalau ia mengetahui tentang KEBURUKAN DIRIMU LALU IA SUKA MENUTUPI KEAIBANMU ITU.

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia MEMBERI, jikalau engkau diam, ia mulai MENYAPAMU DAHULU dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, ia SUKA MEMBANTU dan MERINGANKAN serta MENGHIBURKANMU.

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia SUKA MEMBENARKAN UCAPAN dan jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat, ia SUKA MENGUSAHAKANNYA dan jikalau engkau berselisih faham dengannya, ia SUKA SEKALI MENGALAH UNTUK KEPENTINGANMU.

Saidina Ali mengatakan : “Sahabat yang sebenar-benarnya ialah orang yang ada disampingmu. Ia suka membabitkan dirinya sendiri dalam bahaya demi untuk kesejahteraanmu.”

Lihat sahaja betapa beertinya dan agungnya persahabatan diantara Rasulullah dan Abu Bakar. Abu Bakar berkata : “Aku berjalan dihadapan untuk MEMILIH JALAN YANG BAIK DAN SELAMAT sementara aku berjalan di belakangmu untuk MENJAGA KESELAMATANMU DARI SERANGAN MUSUH YANG MENGEJARMU.” Ketika itu, nabi dan Saidina Abu Bakar berhijrah dari Mekah ke Madinah. Begitulah jawapan Saidina Abu Bakar ketika nabi bertanya kenapa dia sentiasa mundar-mandir, sekejap dihadapan nabi dan sekejap dibelakang nabi sepanjang perjalanan mereka.

Nasihat Abu Sulaiman. Katanya : Janganlah se2kali engkau bersahabat melainkan salah satu daripada 2 jenis orang ni :

1. Orang yang dapat engkau ajak bersahabat dalam URUSAN DUNIAMU DENGAN JUJUR.
2. Orang yang dijadikan sahabat itu DAPAT MENAMBAHKAN KEMANFAATAN DUNIAMU UNTUK URUSAN AKHIRATMU.

Akhir sekali renungkanlah kembali kata-kata Saidina Umar ini : “Tidak ada suatupun NIKMAT YANG PALING BERHARGA yang dimiliki oleh seseorang insan selepas NIKMAT IMAN DAN ISLAM melainkan NIKMAT SAHABAT YANG SOLEH atau SOLEHAH. Apabila kamu dapati kewujudan kasih sayang padanya, maka hargailah dia dengan sungguh2….”.

P/S : Moga dengan izin Allah, kita dapat dipertemukan dengan sahabat2 yang sebegini…insyAllah :)


No comments:

Post a Comment