Pada penulisan kali ini, ana akan mengupas sebuah tajuk yang sangat dekat dan rapat kepada kita. Insan ini mampu memberikan pengaruh kepada kita. Tidak ramai yang mengetahui perbezaannya tetapi ramai yang akan merasa sunyi sepi tanpa kehadiran insan yang istimewa ini iaitu kenalan/teman/rakan atau sahabat. Sekali imbas, semuanya sama pada pandangan kita tetapi sama yang kita rasakan itu tak serupa dari segi maknanya.
Bagi ana satu ketika dahulu semua itu sama tetapi selepas membaca sesuatu artikel, ternyata sama tapi tak serupa. Jom ana kongsikan apakah maksud sebenar artikel ana pada kali ini. Perbezaan kenalan, teman ,rakan dan sahabat….
KENALAN
Dikenali dalam apa jua kesempatan
Peringkat perkenalan pertama
TEMAN
Menemani anda dalam sesuatu fungsi atau acara
Cth : teman ke majlis keramaian
RAKAN
Anda selalu berinteraksi dengannya sama ada kerana jawatan atau tempat
Cth : rakan sekerja atau rakan sejawat
SAHABAT
Anda sangat rapat dan akrab dengannya
Susah senang bersama
Membantu anda ketika anda memerlukan bantuan
Hierarki tertinggi dalam sebuah perkenalan
Umpama sebuah cermin untuk anda, membetulkan kelompongan diri yang ada pada anda
Berani memberikan kritikan membina buat anda
Tak serupa bukan maknanya? Sangat berbeza diantara satu dengan yang lain. Sesungguhnya,gelaran sahabat itu ternyata bukan senang untuk diberikan kepada seseorang dengan sesuka hati. Sebuah perkenalan memerlukan tempoh masa untuk mencapai hierarki tertinggi iaitu panggilan sahabat. Hakikatnya, mencari sahabat yang berharga bukanlah mudah. Sahabat sebegitu diibaratkan permata dalam timbunan kaca. Bagaimana agaknya ciri-ciri sahabat yang disarankan kepada kita untuk dicari? Semuanya akan ana jawab pada artikel di blog ana pada keluaran akan datang. Tunggu ya.